Islam atasi perjuangan untuk kaum
| Rizal Tahir, | 22 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 22 Feb: Mufti Perak Tan Sri Harussani diingatkan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan khususnya berhubung pendekatan yang digunakan Rasulullah saw berhubung kaum.Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) , berkata pendekatan yang diberikan Mufti Perak itu salah kerana menggunakan agenda perkauman Melayu mengatasi Islam.
Katanya, ini kerana Islam sebagai agama suci mengatasi kaum dan tidak terhad kepada satu-satu kaum sahaja.
"Islam membawa agenda keadilan, perpaduan, kesaksamaan dan kebajikan mengatasi bangsa. Umno hanya menjadikan Islam sewaktu memerlukan sahaja,”ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di pejabatnya tengahari tadi ketika mengulas kenyataan Mufti Perak itu dalam portal Malaysiakini.
Husam mengulas pandangan sesetengah pihak mengenai perjuangan kaum.
Harussani, dalam ucapannya semasa merasmikan sebuah NGO tiga jalur berkata, berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada kaum Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.
"Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya.
"Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu," kata Harussani sebagaimana dilaporkan media.
Sambung Husam lagi, Malaysia meliputi pelbagai kaum dan sekiranya mahukan kaum lain menerima Islam, maka tidak boleh dihadkan hanya kepada Melayu sahaja.
Beliau turut menambah Umno yang memerintah negara ini melalui tempoh 54 tahun merdeka gagal membawa Melayu dalam pembangunan Negara.
Jelasnya, kegagalan itu jelas nampak dalam kenyataan Tan Sri Harussani, Datuk Hasan Ali, Datuk Ibrahim Ali, Tun Mahathir dan Datuk Seri Sanusi Junid baru-baru ini.
Beliau yang juga anggota exco kerajaan negeri seterusnya berkata, kegagalan beberapa institusi membangunkan Melayu di zaman Tun Razak dapat dilihat setelah ianya digugurkan.
“Bagaimana Bernas telah diswastakan, tanah-tanah UDA di tengah-tengah bandar telah dijual malah peranan MARA sendiri semakin mati fungsinya,”ujarnya lagi.
KUALA LUMPUR, 22 Feb:Ketika para blogger Umno bermati-matian berkata tiada kapal Israel masuk ke Malaysia, Ketua Pemuda Umno pula mengesahkan Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Israel.

Pengerusi Transparency International Malaysia Datuk Paul Low berkata kes itu menunjukkan penyalahgunaan kuasa yang terang-terangan dan urusan kewangan negara yang tidak berhemat sehingga mengakibatkan kerugian dana awam.
Selasa lalu, Tajudin menarik balik rayuannya terhadap Danaharta dan GLC lain berikutan keputusan Mahkamah Tinggi.
Ini adalah acara sampingan semasa presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan lawatan ke kawasan Felda Palong 6 malam semalam.
“Kemudian pada 30 Mac, kami akan menyiapkan diri untuk perhimpunan besar di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, "kata ketua biro itu, Suhaimi Said (kanan, berdiri).

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat exco kerajaan negeri pagi.
Bila dipajak pada Felda Global Venture, Husam berkata, KPF akan hanya memiliki 37 peratus dan tidak lagi menjadi pemegang majoriti dan menurutnya, ia melangga akta GSA 1960.
Pada 3 Ogos, 2009, seramai 16 orang dihadapkan ke mahkamah dan didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan haram.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Ameer Abdul Karim.
KUALA LUMPUR, 22 Feb:Perhimpunan aman Himpunan Hijau 2.0 yang dirancang akan diadakan pada 26 Februari ini tetap akan diteruskan pada hari yang sama, Ahad, di Kuantan, Pahang, mulai jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari, tanpa mengira permainan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
MELAKA, 21 Feb: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat boleh memerintah dengan lebih baik daripada Umno/BN melalui pencapaian hasil negeri yang berlipat kali ganda berbanding sebelumnya.

SHAH ALAM, 19 Feb: Lajnah Undang-undang PASPusat dengan kerjasama Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia melakar sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih daripada 130 orang peguam PAS dari seluruh negara sempena Konvensyen Pilihan raya Peguam PAS 2012 yang berlangsung di sini, malam semalam.
