Thursday 2 February 2012

ISU-ISU BERSIH 2.0

 

Pemuda PAS lancar Aduan Keganasan Polis 9/7

 | July 14, 2011
Pengarah Juham, Pemuda PAS mewajarkan usaha ini selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/07/juham.jpgPETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) telah melancarkan Aduan Keganasan Polis 9/7.
Pengarah Juham Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi berkata, usaha ini adalah susulan daripada aduan rasmi Juham kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kelmarin.
“Juham telah menyenaraikan tindakan-tindakan ganas pihak polis yang menumbuk, menendang, memijak, menembak gas pemedih mata secara dekat dan membuta-tuli.
“Ini termasuk aduan mengenai segala bentuk kekerasan yang sangat tidak munasabah serta tidak berperikemanusiaan terhadap peserta himpunan Bersih 2.0 yang hadir secara aman dan tidak bersenjata pada hari Sabtu, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Himpunan Bersih berlangsung pada 9 Julai di ibu kota Kuala Lumpur di mana lebih 50,000 pendemonstrasi cuba berarak ke Stadium Merdeka.
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bagaimanapun mengharamkan Bersih sebelum himpunan itu dan mengarahkan pihak polis mengambil tindakan sewajarnya.
Polis menerusi Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah menghalang perarakan oleh peserta himpunan dengan memancut air asid biru dan menembak gas pemedih mata. Lebih 1,600 peserta Bersih ditahan.
Ekoran itu, Juham mahu mendapatkan kerjasama daripada anggota masyarakat untuk mengumpulkan maklumat berkenaan pencabulan hak asasi oleh pihak polis.
Aduan, bukti bergambar, rakaman video, laporan perubatan dan sebagainya boleh disalurkan melalui talian Hotline             016-3126463      ,             016- 3126473       dan             014-6451753      .
Juham juga boleh dihubungi menerusi emel juhampusat@gmail.com dan laman peminat di laman web sosial Facebook ‘Jabatan Undang -undang dan Hak Asasi Manusia’.
“Rakyat harus diberi kesedaran tentang hak mereka di sisi undang-undang dan pihak berkuasa pula tidak boleh sewenang-wenang membelasah rakyat yang hanya melaksanakan hak mereka yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan

 


Juham kaji tindakan keganasan polis pada Tiong Huat

Aziz Muda,
20 Jul 2011
https://bm.harakahdaily.net/images/stories/berita/julai2011/julai15/juh.jpgKUALA LUMPUR, 20 Julai:Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengkaji setiap sudut berkaitan keganasan pihak polis terhadap seorang lelaki berketurunan Cina dari Sarawak, Hii Tiong Huat, 59, yang ditahan polis sempena perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.
Sepanjang berada dalam tahanan polis, Hii Tiong Huat didakwa telah dikasari oleh pihak polis dengan pelbagai perlakuan yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan beliau pengsan.
Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menjelaskan, kajian tersebut akan dibuat bersama laporan-laporan lain bagi membolehkan Juham mengambil tindakan lebih lanjut berhubung keganasan pihak polis. 
Menurut beliau, ia juga adalah lanjutan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang menyarankan agar setiap pihak yang menjadi mangsa keganasan polis tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaan masing-masing.
Katanya, kes yang berlaku ke atas Tiong Huat ternyata merupakan sebahagian daripada keganasan polis terhadap orang awam, khususnya para peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.
"Tindakan keganasan polis terhadap Tiong Huat sememangnya tidak boleh dinafikan lagi oleh setiap pihak, malah Tiong Huat sendiri telah pun membuat laporan polis akibat keganasan polis yang berlaku ke atas beliau," katanya ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Tiong Huat, menurut beliau, bukan ditahan pada hari perhimpunan, malah sehari sebelum perhimpunan itu diadakan hanya disebabkan beliau memakai baju kuning, tetapi bukan baju kuning Bersih 2.0.
"Beliau ditahan di Balai Polis Dang Wangi. Ketika ditahan di Dang Wangi, beliau telah dipukul oleh pihak polis. Selepas itu, beliau ditahan reman pula selama 4 hari di Pusat Tahanan Bukit Jalil.
"Semasa ditahan di Pusat Tahanan Bukit Jalil, Tiong Huat dipukul lagi sehingga pengsan, manakala wangnya pula turut hilang ketika berada dalam tahanan polis," katanya.
Akibatnya, jelasnya, Tiong Huat terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.
"KDN kata polis tak ganas dalam menangani perhimpunan itu. Tapi kes yang berlaku ke atas Tiong Huat itu, belum berhimpun pun dah ditangkap dan dikasari pula oleh pihak polis.
"Pada hal sebelum itu, pihak polis juga berkata, tidak salah pakai baju kuning, tetapi yang salah hanya pakai baju kuning Bersih 2.0. Tiong Huat pula tak pakai baju kuning Bersih 2.0. Dia hanya memakai baju kuning. Kenapa dia ditangkap?
"Selain itu, Tiong Huat ternyata dikasari oleh pihak polis semasa berada dalam tahanan polis. Dia dipukul, ditampar di muka, ditendang, malah sehingga pengsan. Tidakkah semua yang berlaku ke atas Tiong Huat itu antara bukti nyata keganasan pihak polis?" katanya.
Sementara itu, Hii Tiong Huat ketika ditemui menjelaskan, laporan berhubung keganasan pihak polis terhadap beliau telah dibuat di Balai Polis Sungai Besi, Cheras pada 13 Julai lalu jam 1.28 tengah hari.
Dalam laporan itu, beliau berkata, pada jam 3.00 petang 9 Julai lalu, beliau telah dimasukkan ke Pusat Tahanan Bukit Jalil, Kuala Lumpur kerana memakai baju kuning, setelah ditangkap pada 8 Julai di Petaling Street, di sini.
Menurutnya, semasa proses tukar baju di Pusat Tahanan Bukit Jalil, seorang anggota polis dengan kasar telah menyuruh beliau memasukkan seluar dan barang-barangnya ke dalam beg plastik yang dibekalkan kepadanya.
Katanya, beliau ingin senarai barang-barangnya direkodkan, tetapi anggota polis yang bertugas dengan marah mengatakan kepada beliau supaya jangan bising dan telah menampar mukanya beberapa kali sehingga cermin matanya rosak dan beliau tidak sedarkan diri.
"Kemudian saya telah memasukkan seluar saya yang berisi duit lebih kurang RM300.00, jam tangan, rantai jed, buku kecil dan seluar dalam ke tempat simpanan.
"Selepas itu, saya dimasukkan ke blok A Pusat Tahanan Bukit Jalil, tetapi saya tidak dapat tidur semasa berada di Pusat Tahanan Bukit Jalil kerana ada orang yang ditempatkan dalam sel lokap saya 15 orang, manakala kelulasan sel lokap pada andaian saya hanya 18 kaki panjang," katanya.
Ketika dalam tahanan di pusat tahanan itu, dakwanya, beliau tidak dibekalkan dengan berus gigi, kain tuala, makan tidak cukup dan tiada sabun badan. 
"Pada jam 11.00 pagi 12 Julai, saya dibawa ke IPD Dang Wangi dan dibebaskan pada jam 6.00 petang 12 Julai. Pada jam 11.00 pagi 13 Julai, saya datang semula ke Pusat Tahanan Bukit Jalil untuk mendapatkan kembali barang-barang saya.
"Tetapi saya dapati wang yang disimpan di dalam poket seluar saya hanya tinggal RM172.00 bersama barang-barang saya yang lain yang berada di dalam beg plastik yang disimpan di Pusat Tahanan Bukit Jalil.
"Saya percaya duit saya telah diambil oleh anggota polis yang menampar saya pada hari saya dimasukkan ke Pusat Tahanan Bukit Jalil kerana anggota polis tersebut tidak merekodkan duit dan barang-barang saya yang disimpan dan saya cam anggota polis tersebut.
"Dengan ini, saya tidak puas hati dan mahu pihak polis menjalankan siasatan," katanya.  

No comments:

Post a Comment