Wednesday 22 February 2012

Islam atasi perjuangan untuk kaum

Islam atasi perjuangan untuk kaum

Rizal Tahir,22 Feb 2012
KOTA BHARU, 22 Feb: Mufti Perak Tan Sri Harussani diingatkan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan khususnya berhubung pendekatan yang digunakan Rasulullah saw berhubung kaum.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) , berkata pendekatan yang diberikan Mufti Perak itu salah kerana menggunakan agenda perkauman Melayu mengatasi Islam.

Katanya, ini kerana Islam sebagai agama suci mengatasi kaum dan tidak terhad kepada satu-satu kaum sahaja.

"Islam membawa agenda keadilan, perpaduan, kesaksamaan dan kebajikan mengatasi bangsa. Umno hanya menjadikan Islam sewaktu memerlukan sahaja,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di pejabatnya tengahari tadi ketika mengulas kenyataan Mufti Perak itu dalam portal Malaysiakini.

Husam mengulas pandangan sesetengah pihak mengenai perjuangan kaum.

Harussani, dalam ucapannya semasa merasmikan sebuah NGO tiga jalur berkata,  berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada kaum Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.

"Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya.

"Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu," kata Harussani sebagaimana dilaporkan media.

Sambung Husam lagi, Malaysia meliputi pelbagai kaum dan sekiranya mahukan kaum lain menerima Islam, maka tidak boleh dihadkan hanya kepada Melayu sahaja.

Beliau turut menambah Umno yang memerintah negara ini melalui tempoh 54 tahun merdeka gagal membawa Melayu dalam pembangunan Negara.

Jelasnya, kegagalan itu jelas nampak dalam kenyataan Tan Sri Harussani, Datuk Hasan Ali, Datuk Ibrahim Ali, Tun Mahathir dan Datuk Seri Sanusi Junid baru-baru ini.

Beliau yang juga anggota exco kerajaan negeri seterusnya berkata, kegagalan beberapa institusi membangunkan Melayu di zaman Tun Razak dapat dilihat setelah ianya  digugurkan.

“Bagaimana Bernas telah diswastakan, tanah-tanah UDA di tengah-tengah bandar telah dijual malah peranan MARA sendiri semakin mati fungsinya,”ujarnya lagi.

Khairy sahkan Malaysia berdagang dengan Israel

Khairy sahkan Malaysia berdagang dengan Israel

Harakahdaily,22 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 22 Feb:Ketika para blogger Umno bermati-matian berkata tiada kapal Israel masuk ke Malaysia, Ketua Pemuda Umno pula mengesahkan Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Israel.

(Salah sebuah kapal Israel yang mendarat di Perlabuhan Klang)

Khairy berkata, kerajaan mempunyai polisi dan  pendirian yang jelas bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan politik dan diplomatik dengan Israel.

"Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya sedar bahawa ada hubungan perdagangan antara Malaysia dan Israel tetapi ia adalah  hubungan antara syarikat.

"Saya harap perkara ini dapat diketahui umum bahawa kita berdagang  bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi," katanya.

Selain menolak kenyataan bloger Umno, kenyataan Khairy juga menolak kenyataan pihak pengurusan Perlabuhan Klang baru-baru ini.

Westport, Port Klang melalui Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian mengakui kehadiran Kapal Israel, ZIM Integrated Shipping Services Ltd yang berlayar dari Israel [Sinar].

Namun beliau mendakwa tiada sebarang urusniaga berlangsung kerana kapal tersebut hanya singgah sahaja.

Sebelum ini, pelbagai pihak dalam Umno membuat pelbagai tuduhan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutannya kenyataannya dalam The Wall Street Journal.

Namun bagi para blogger Pakatan, tindakan ini hanya umpama, "Depan rakyat maki Israel, belakang rakyat cium bontot Israel" sahaja.

Peneroka diusir pada taklimat Koperasi Felda

Peneroka diusir pada taklimat Koperasi Felda
Seorang peneroka hari ini diusir daripada menghadiri sesi taklimat yang diadakan oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Kuala Lumpur, selepas beliau menyoal pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berhubung jaminan kepada pemegang saham mengenai dividen mereka.

"Saya mahu jaminan dividen kami apabila Felda Global Venture Holding (FGVH) disenaraikan. Isa beritahu saya Perdana Menteri beri jaminan. Saya beritahunya PM tidak akan jadi PM selama-lamanya.

"Kemudian Isa berkata jika saya tidak percaya kepada PM, saya harus tinggalkan dewan. Saya beritahunya, saya sudah berada di Felda selama 50 tahun, tetapi awak hanya masuk Felda selama dua tahun dan dakwat pada ibu jari awak pun masih basah. Awak yang patut tinggalkan dewan,” kata R Sanggam yang berasal dari Felda Sendayan.

Menurut beliau, kejadian yang berlaku kira-kira jam 3:30 petang tadi.

Mengesahkan ceritanya, adalah rakan peneroka Saparuddin Mohd Yasin yang berkata, keadaan semakin hangat apabila sebahagian daripada pemegang ekuiti di bilik itu mulai marah dengan Sanggam kerana mengeluarkan kata-kata berkenaan.

KPF hari ini mengadakan taklimat untuk ahli-ahlinya bagi menjelaskan kesan penyenaraian FGVH, setelah mesyuarat agung  perwakilan khasnya terpaksa dibatalkan berikutan perintah injunksi Mahkamah Tinggi Kuantan yang melarangnya daripada membincangkan penyenaraian berkenaan.

Seramai 1,200 perwakilan KPF sepatutnya mengundi cadangan penjualan 51 peratus kepentingan dalam Felda Holdings Bhd dan di 10 subsidiari yang membabitkan FGVH pada mesyuarat yang dijadualkan hari ini.

Sekiranya, cadangan itu diluluskan, KPF akan memindahkan aset perniagaannya kepada FGVH.
'Penyelesaian Tajudin-GLC penyalahgunaan kuasa'
Kekurangan ketelusan dalam penyelesaian luar mahkamah antara bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli dan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC), minggu lalu tidak memberi imej yang baik kepada Malaysia sama ada di dalam mahupun di luar negara.

NONEPengerusi Transparency International Malaysia Datuk Paul Low berkata kes itu menunjukkan penyalahgunaan kuasa yang terang-terangan dan urusan kewangan negara yang tidak berhemat  sehingga mengakibatkan kerugian dana awam.

Low juga berkata berikutan penyelesaian di luar mahkamah itu, hasrat Malaysia untuk mengamalkan tadbir urus yang baik mula di bawah penelitian dan dipertikaikan.

"Dakwaannya (Tajudin) bahawa kerajaan (melalui jaminan yang diberikan oleh perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu) telah melepaskannya daripada apa-apa liabiliti yang ditanggung dalam pembelian saham MAS itu daripada Bank Negara perlu dibukti dan disahkan oleh institusi serta menteri-menteri berkenaan.

"Kami amat bimbang kerana kekurangan pendedahan maklumat itu seolah-olah menggambarkan terdapat ‘perlupusan arbitrari’ pinjaman RM589 juta yang terhutang oleh Tajudin berkaitan pembelian saham MAS," kata Low kepada Malaysiakini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Disember 2009, mengarahkan Tajudin membayar RM589 juta kepada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd, yang menguruskan pinjaman tidak berbayar. Mahkamah yang sama sebelum ini menolak tuntutan balas saman RM13 bilion Tajudin.

tajudin ramli mas 070910Selasa lalu, Tajudin menarik balik rayuannya terhadap Danaharta dan GLC lain berikutan  keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada hari yang sama, Tajudin juga menarik balik saman terhadap litigan lain, termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan CIMB Group.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang memetik sumber, mendakwa tuntutan RM589 juta itu dilupuskan sebagai sebahagian daripada penyelesaian berkenaan.

300 peneroka di NS bantah penyenaraian FGVH

300 peneroka di NS bantah penyenaraian FGVH
Lebih 300 peneroka Felda dari penempatan di Palong 4, 5 dan 6 di Negeri Sembilan membantah  cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, malam tadi.

Sehubungan itu, peneroka di penempatan berkenaan menyatakan sokongan terbuka dengan meletakkan tandatangan pada kain rentang serta mencatatkan segala kekecewaan mereka. Antaranya, 'Umno-BN penipu', 'Felda penipu', 'Hidup Keadilan' dan 'Lawan tetap Lawan.

NONEIni adalah acara sampingan semasa presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan lawatan ke kawasan Felda Palong 6 malam semalam.

Isteri ketua umum PKR itu juga melancarkan kempen mengumpul 100,000 tandatangan yangb diterajui oleh Biro Felda dan Orang Asal PKR yang membantah cadangan penyenaraian FGVH.

Biro itu merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 29 Mac ini di Kuala Lumpur, sebelum menganjurkan satu lagi bantahan di Putrajaya pada hari berikutnya untuk membantah cadangan penyenaraian yang dijadualkan pada 10 Mei ini.

"Kami telah memohon kepada pihak pengurusan Kelab Sultan Sulaiman dan masih menunggu kelulusan mereka. Kami akan jahit kain rentang itu bersama-sama berarak membawa tandatangan pada hari itu.

NONE“Kemudian pada 30 Mac, kami akan menyiapkan diri untuk perhimpunan besar di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, "kata ketua biro itu, Suhaimi Said (kanan, berdiri).

Menurut beliau, peneroka Felda pada hari berkenaan akan berhimpun di masjid Putrajaya sebelum berarak, manakala kain rentang yang mengandungi 100,000 tandatangan peneroka Felda juga akan dibawa bersama.

Safwan dakwa dikasari polis - JUHAM

Safwan dakwa dikasari polis
HASNIZA HUSSAIN (Sinar Harian)
January 6, 2012
Muhammad Safwan Anang
KUALA LUMPUR - Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Muhammad Safwan Anang yang cedera ketika perhimpunan pro-kebebasan akademik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Tanjung Malim, Perak baru-baru ini, membuat laporan polis semalam mendakwa dirinya tercedera sehingga tidak sedarkan diri akibat dikasari polis.

Terdahulu, Muhammad Safwan ditemani beberapa peguam dan isterinya, Masturah Abu Bakar hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kira-kira jam 2.15 petang untuk membuat laporan itu, sebelum keluar hampir tiga jam kemudian.

Muhammad Safwan ketika ditemui semalam, menafikan kecederaannya berpunca dari sendiri, sebalik­nya menegaskan dia dikasari secara ganas oleh anggota polis ketika melakukan perhimpunan aman.

Menurutnya, dia mempunyai bukti bagi menyokong dakwaannya yang menunjukkan polis menyerbu ke arahnya dan rakan-rakan sebelum bahagian kiri mukanya ditumbuk.

“Saya ada rakaman jelas me­nunjukkan pergelutan berlaku, di mana saya ditumbuk sehingga bibir pecah dan berdarah. Kemudiannya pada masa sama dihentak dengan lutut di bahagian rusuk kanan oleh anggota polis sehingga sesak nafas dan tidak sedarkan diri.

“Saya nafikan sekeras-kerasnya bahawa polis tidak melakukan kekerasan. Video yang dimuat naik polis hanyalah sebahagian rakaman yang berlaku sebelum pergelutan tersebut dan kita kecam polis kerana tidak memuat naik rakaman video yang menunjukkan gambaran sebenar insiden yang berlaku,” katanya semalam.

Menurutnya, tindakan polis (mengasari) adalah satu kesalahan jenayah terhadap orang awam dan boleh disabitkan salah di bawah Kanun Keseksaan.

Sementara itu, peguamnya, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi berkata, laporan berhubung insiden yang menimpa Muhammad Safwan sudah dibuat dan mereka bersedia pada bila-bila masa untuk bekerjasama dengan polis termasuk memberi bukti rakaman video yang menunjukkan polis mengasari anak guamnya.

Beliau berkata, polis juga perlu menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang betul untuk meleraikan sesuatu perhimpunan iaitu hadir untuk mengawal bukan menimbulkan provokasi

Bersih: Mahkamah tolak rayuan Peguam Negara

Bersih: Mahkamah tolak rayuan Peguam Negara

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan daripada Peguam Negara yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Mei 2009 yang melepaskan dan membebaskan 10 orang termasuk beberapa pimpinan PAS daripada pertuduhan terlibat dengan perhimpunan Bersih pada 11 Disember 2007 lalu.

Keputusan tersebut dibaca oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Su Yeok Geam.
Mahkamah Sesyen pada 4 Mei 2009 telah melepaskan dan membebaskan 10 orang tersebut di mana pihak pendakwa menurut mahkamah gagal membuktikan wujudnya perhimpunan haram pada hari tersebut yang menyalahi Seksyen 27 (5) (a) Akta Polis 1967.

Antara mereka yang ditahan kerana dituduh menyertai perhimpunan itu ialah Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda PAS Malaysia dan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Nasrudin Hassan dan Ustazah Nuridah Salleh, dan Presiden PSM, Dr Mohd Nasir Hashim dan Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Ghazali.

Manakala lima lagi adalah Badilah Muda, Hashim Awang, Azira Arifin, Mohd Sabri Syafie dan Ang Hok Gan.

Mereka pada jam 11.30 pagi, 11 Disember 2007, telah hadir ke bangunan parlimen bagi menghantar satu memorandum, mendesak kerajaan supaya tidak melanjutkan khidmat Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada waktu itu.

Semua tertuduh diwakili oleh barisan Peguam daripada Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diketuai oleh Ketua Unit Tindakan Kes-kes Jenayah Juham, Ariff Azami dan dibantu oleh Radzlan Jalal, Azizul Shariman, Dr Zulqarnain Luqman, Noorazmir Zakaria dan Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

Menurut Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, keputusan itu membuktikan bahawa pertuduhan dan pendakwaan tersebut jelas bermotifkan politik di mana mereka yang dituduh hanya melaksanakan hak kebebasan bersuara seperti mana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

K'tan akan sekat lpengambil-alihan tanah bagi FGVH

K'tan akan sekat lpengambil-alihan tanah bagi FGVH
Kerajaan negeri Kelantan akan melantik panel guaman dalam menyekat pengambilan tanah FELDA seluas 55,500 ekar di negeri itu untuk tujuan Felda Plantation.

NONEExco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat exco kerajaan negeri pagi.

"Pengambilan tanah itu dibuat secara paksaan dari kerajaan negeri yang tidak difahami secara jelas maksudnya dan ia menyalahi akta GSA 1960.

"Ladang FELDA diaktakan di bawah GSA dengan maksud milikan tanah hanya untuk peneroka dan koperasi peneroka," kata beliau yang juga naib presiden PAS dalam satu kenyataan hari ini.

Buat masa ini, katanya, Felda Plaintation dimilik 51 peratus oleh peneroka FELDA melalui Koperasi Peneroka Felda (KPF).

azlanBila dipajak pada Felda Global Venture, Husam berkata, KPF akan hanya memiliki 37 peratus dan tidak lagi menjadi pemegang majoriti dan menurutnya, ia melangga akta GSA 1960.

"Kerana itu Kelantan berhak mengambil balik ladang tersebut untuk diagih kepada peneroka baru.
 "Dan sekiranya ini berlaku, lebih kurang 8,000 peneroka baru dengan agihan 4 hektar bagi peneroka baru akan diberikan," katanya.

Demo anti-ISA: 14, termasuk pemimpin GMI didapati salah

Demo anti-ISA: 14, termasuk pemimpin GMI didapati salah
Empat belas daripada 16 individu yang ditahan kerana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri tiga tahun lalu, hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana terbabit dengan perhimpunan haram.
Kes terhadap dua lagi yang tidak hadir hari ini akan diputuskan kemudian.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa kes itu melampaui keraguan munasabah.
NONEPada 3 Ogos, 2009, seramai 16 orang dihadapkan ke mahkamah dan didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan haram.

Selain itu, mereka juga dituduh di bawah Akta Polis 1967.
Mereka dikatakan berkumpul di tempat mereka ditahan antara jam 9 pagi dan 1.30 petang, pada 1 Ogos, 2009, di sekitar Masjid Negara dan Jalan Tunku Abdul Rahman, di Kuala Lumpur.

Tiga tertuduh tidak hadir di mahkamah pagi ini dan hakim Ainul mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka.
Kesebelas mereka yang hadir hari ini dijatuhkan hukuman penjara sehari dan didenda RM2,000 setiap orang atau penjara seminggu jika gagal menjelaskannya.
Mereka yang didakwa itu ialah Nordin Mohamad, Hayati Abdul Samad, Salmah Ismail, Norlaila Othman, Nashita Mohd Noor, Rashini, Hasbullah Pit, Wan Muhamad Jazlan Razali, Mohd Petri Mohd Yassin, Syaza Muaz Shaharudin, Mohd Sukri Mohd Sirat, Mohamd Sukeri Muhammad, Mohd Sallehuddin Yusop, Zulsifli Kama Kutty, Mohd Fazlzy Mohd Ismail, dan Norazam Sakib.
Dua daripada mereka, Hayati dan Syaza, tidak "hadir dengan alasan" dan telah memaklumkannya  kepada mahkamah. Ibu Hayati meninggal dunia awal pagi ini, sementara Syaza pula terpaksa menziarahi ibunya yang sakit tenat.

anti isa vigil pj 010810 06Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Ameer Abdul Karim.

Antara ahli parlimen yang hadir bagi memberi sokongan mereka ialah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Tian Chua (Batu).
Mereka disertai Ketua Penerangan kerajaan negeri Selangor Badrul Amin, Setiausaha Agung PSM S Arutchelvam dan adik kepada mendiang Teoh Beng Hock - Lee Lan.

Himpunan Hijau 2.0 tetap diteruskan 26 Feb

Himpunan Hijau 2.0 tetap diteruskan 26 Feb

Aziz Muda,22 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 22 Feb:Perhimpunan aman Himpunan Hijau 2.0 yang dirancang akan diadakan pada 26 Februari ini tetap akan diteruskan pada hari yang sama, Ahad, di Kuantan, Pahang, mulai jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari, tanpa mengira permainan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sekiranya perhimpunan itu tidak dapat diadakan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berhadapan Masjid Sultan Ahmad Shah seperti yang dirancang, ia akan diadakan di sekeliling medan MPK.

Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0, Tack Wong berkata, pihaknya bersama lain-lain NGO yang terbabit dalam penentangan pembangunan loji Lynas di Gebeng, Kuantan, tidak akan berundur dari mengadakan perhimpunan itu walaupun ditentang dengan pelbagai cara oleh pelbagai pihak. 

Menurutnya, perhimpunan tersebut tidak boleh dihalang untuk diadakan kerana ia adalah kehendak rakyat bagi menyatakan pandangan mereka mengenai pembangunan projek Lynas.

Katanya, pihaknya amat kesal dan terkejut dengan tindakan MPK kerana telah menolak permohonannya untuk mengadakan perhimpunan itu menerusi sepucuk surat pada 20 Februari lalu. 

"Surat MPK itu tidak memberi apa-apa sebab-sebab tertentu bagi penolakan itu kecuali hanyalah untuk memeningkan kepala kami, dengan meminta AJK Himpunan Hijau 2.0 mendapatkan surat sokongan/permit dari PDRM terlebih dahulu sebelum permohonan kami itu dipertimbangkan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Keputusan MPK itu, menurutnya, bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang sebelum ini yang berjanji untuk membenarkan perhimpunan itu diadakan.

Katanya, dalam kenyataannya, Perdana Menteri berkata, perhimpunan tersebut hanya mensasarkan penyertaan 20,000 orang sahaja dan ia tidak akan memberikan kesan buruk kepada Umno BN, malah jika Umno BN mengadakan perhimpunan seperti itu, ia boleh menarik penyertaan yang jauh lebih besar daripada jumlah itu.

"Dengan keputusan itu, kewibawaan Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang kini jelas dicabar oleh pihak MPK sehingga menyebabkan pelbagai pihak bertanya, siapakah yang lebih berkuasa dalam menentukan hak untuk menggunakan medan MPK, adakah Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob atau Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang?" katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri dituntut menunaikan janjinya berhubung perkara itu selarasnya slogan politiknya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Sekiranya kelulusan tidak juga diperolehi, pihaknya yakin kemarahan rakyat terhadap pihak Umno BN akan lebih meningkat dan orang ramai yang akan turun menyertai perhimpunan itu nanti bukannya akan berkurangan, malah akan menjadi lebih besar berbanding hanya 20,000 orang seperti yang disasarkan pada peringkat awalnya. 

Katanya, Keadaan itu samalah seperti yang terjadi ke atas perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu yang disertai ratusan ribu peserta dari seluruh negara walaupun dihalang oleh pihak pemerintah.

Begitu juga dengan perhimpunan Hindraf pada tahun 2007 lalu, tambahnya, sehingga jumlah yang hadir jauh lebih besar dari jangkaan pihak penganjur sendiri.

"Oleh itu, kami menyeru setiap rakyat Malaysia yang prihatin yang merancang untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0 untuk hadir beramai-ramai ke perhimpunan itu nanti dengan menjemput seorang rakan bersama," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat yang juga penasihat Badan Bertindak Anti Rare Earth (Badar), Zulkefly Mohamad Omar, AJK Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Abu Samah Jamal dan beberapa orang AJK Himpunan Hijau 2.0.

Selangor bukti PR mampu tadbir lebih baik

Selangor bukti PR mampu tadbir lebih baik

Zaili Muhammad,21 Feb 2012
MELAKA, 21 Feb: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat boleh memerintah dengan lebih baik daripada Umno/BN melalui pencapaian hasil negeri yang berlipat kali ganda berbanding sebelumnya.

(Tan Sri Khalid Ibrahim berucap di majlis makan malam di Sebatu, Melaka.)

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa pencapaian kerajaan Selangor melalui penyata kewangan berakhir 31 Disember 2011 lebih baik daripada 40 tahun lalu di bawah pemerintahan Umno/BN.

"Penyata kewangan Selangor lebih baik daripada 30 tahun atau 40 tahun lalu di bawah Umno/BN, kalau dulu 2005 rezab Selangor RM400 juta manakala pelaburan RM300 juta dan jumlah keseluruhan hasil RM700 juta.

"Tapi penyata kewangan yang berakhir 31 Disember 2011 merekodkan rezab Selangor kini sebanyak RM1 bilion dan jumlah keseluruhan hasil RM1.9 bilion.

"Walaupun kita beri kebajikan kepada rakyat hasil negeri lagi meningkat maknanya lagi kita beri kebajikan, rakyat doa lagi kaya negeri kita," kata Khalid.

Beliau menjelaskan pemberian air percuma merupakan salah satu kebajikan kepada rakyat bukannya rasuah seperti yang dimomokkan oleh Umno/BN.

Tan Sri Khalid berkata bahawa Negara Berkebajikan tidak akan bangkrap sekiranya ditadbir dengan baik, telus, adil dan tiadanya penyelewengan.

"Skim warga emas kalau meninggal kita beri kepada warisnya RM2,500 dan Tabung Warisan Anak Selangor di mana kita belanja RM700 juta setiap tahun malah ada lebih RM1.9 bilion lagi.

"Dulu sebelum PRU 2008 ianya adalah cerita harapan kita tapi sekarang ianya sudah menjadi kisah benar bukan harapan lagi dan rakyat telah merasai pelbagai kebaikan kerajaan Pakatan Rakyat," ujarnya.

ISA : Tidak selaras dengan pengumuman Najib

ISA : Tidak selaras dengan pengumuman Najib

Hazayani Zakaria,22 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 22 Feb: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyifatkan keputusan kepada 14 individu kerana terbabit dengan perhimpunan membantah ISA tidak selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa ISA dimansuhkan.

"Perdana menteri sendiri sudah pun mengumumkan bahawa ISA dimansuhkan dan pada masa sama kerajaan telah membuat pindaan terhadap akta polis. Tapi mereka dijatuhkan hukuman di bawah seksyen 27 Akta polis," kata pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh ketika ditemui di luar kamar Mahkamah Sesyen Jalan Duta, hari ini.

Beliau juga berkata, kesemua mereka berjuang menentang akta yang zalim.

"Perjuangan mereka ini adalah satu perjuangan yang mulia iaitu untuk memansuhkan undang-undang zalim seperti ISA," katanya.

Kekesalan itu turut dikongsi Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud.

Beliau berkata, meskipun menghormati keputusan mahkamah, pihaknya tetap berpendapat ianya tidak wajar.

"ISA kini sudah dimansuhkan dan kita ada akta perhimpunan awam," katanya.

Sementara itu, Bad Latif, suami kepada OKT Nashita Md Noor pula berkata, hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti termaktub dalam Perlembagaan ternyat dinafikan.

Katanya, penghujahan peguam bela juga juga jelas menyatakan mereka ditangkap sebelum perhimpunan bermula.

"Kita menjangkakan yang terbaik, kalau boleh bebas tanpa penjara atau denda. Walau bagaimanapun, hukuman satu hari dan denda 2,000. Kita tak puas hati sebab hak kita untuk berhimpun seperti dalam  artikel 10 Perlembagaan yang membenarkan perhimpuan menyuarakan pandangan dinafikan.

"Kita tak melakukan apa-apa kesalahan dan dalam hujah tadi peguam bela sebut mereka ditangkap bukan masa perhimpunan," katanya.

Terdahulu, 14 daripada 16 tertuduh dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM2,000 oleh Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Manakala kes terhadap dua lagi yang tidak hadir hari ini akan diputuskan kemudian.

Waran tangkap dikeluarkan kepada tiga lagi yang tidak hadir hari ini.

Putrajaya: Peguam PAS ikrar lawan habis-habisan

Putrajaya: Peguam PAS ikrar lawan habis-habisan

Harakahdaily,19 Feb 2012
SHAH ALAM, 19 Feb: Lajnah Undang-undang PASPusat dengan kerjasama Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia melakar sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih daripada 130 orang peguam PAS dari seluruh negara sempena Konvensyen Pilihan raya Peguam PAS 2012 yang berlangsung di sini, malam semalam.
 
Menurut Ketua Pengarah Konvensyen, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (gambar), program itu bertujuan sebagai persediaan terakhir peguam PAS bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.
 
"Komitmen yang diberikan oleh rakan peguam dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak juga di luar jangkaan.
 
“Pada asalnya kita mensasarkan hanya 80 orang peguam sahaja yang akan hadir, namun jumlah tersebut semakin bertambah sehingga tarikh penyertaan terpaksa ditutup lebih awal," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
 
Katanya, konvensyen tersebut bermula dengan majlis perasmian dan makan malam bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman turut hadir selaku tuan rumah.
 
Menurutnya, Tuan Guru Abdul Hadi melahirkan kebanggaan di atas kejayaan pihak penganjur menghimpunkan para peguam PAS kerana peranan mereka secara keseluruhannya amat penting di dalam merealisasikan hasrat PAS dan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya pada PRU13.
 
Katanya, konvensyen tersebut mencapai enam resolusi dan resolusi yang menjadi keutamaan adalah peserta bertekad sekurang-kurangnya seorang peguam akan ditugaskan di setiap kerusi parlimen yang PAS akan bertanding dalam PRU13 kelak.
 
“Tindakan tegas menurut batas undang-undang sedia ada akan diambil ke atas mana-mana musuh Pakatan Rakyat yang melanggar mana-mana peraturan pilihan raya,” katanya.
Di samping itu, ujarnya para peserta juga turut mencapai resolusi untuk memberikan khidmat guaman pasca pilihan raya itu sendiri iaitu dalam soal petisyen pilihan raya.

Beliau berkata, bagi perjalanan yang melibatkan pihak SPR pula, peguam PAS akan memantau segala aduan berkaitan salah laku pegawai SPR di sepanjang pilihan raya berlangsung.
 
Jelasnya, peguam PAS juga mengingatkan para pegawai SPR bahawa segala tindakan mereka yang melanggar peraturan adalah satu kesalahan jenayah.

Oleh itu, katanya dengan tenaga peguam seramai 130 orang itu, PAS akan melangkah teguh menghadapi gelombang PRU13 bagi merealisasikan tekad Pakatan Rakyat untuk menakluki Putrajaya.

Konvensyen berakhir dengan sesi khas bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.
 
“Insya Allah di pihak Lajnah Undang-Undang PAS Pusat kita mensasarkan 150 peguam PAS akan bertugas di semua negeri jika dilihat daripada kehadiran pada hari ini.
 
"We will fight at all costs! Tumbang BN, negara selamat," ujarnya pada akhir majlis.

Bantah ISA: Penjara sehari, denda RM2,000

Bantah ISA: Penjara sehari, denda RM2,000

Hazayani Zakaria,22 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 22 Feb: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2,000 kepada 11 daripada 16 orang yang ditahan kerana menyertai himpunan aman membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2009 lalu.

Manakala lima lagi yang tidak hadir dikeluarkan waran tangkap hari ini dan mereka perlu hadir di mahkamah pada 21 Mac ini untuk mendengar pertuduhan.
Hakim Ainul Shahrin Mohamad membuat keputusan itu selepas berhenti rehat seketika, pagi ini.
Pihak peguam sedang membuat hujah rayuan.
Lima daripada mereka adalah wanita termasuk Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi.


Dua lagi, Nashita Md Nor dan Norlaila Othman merupakan aktivis Gerakan MAnsuhkan ISA (GMI) manakala dua lagi iaitu  Salmah Ismail and Hayati Abd Samad merupakan Wanita PKR.
Mereka ditahan pada hari perhimpunan aman Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di sekitar Masjid Negara dan Jalan Tunku Abdul Rahman di sini antara jam 9 pagi dan 1.30 petang.

Pada 21 Oktober tahun lalu, mereka yang didakwa di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dipanggil membela diri kerana pihak pendakwa berjaya membuktikan prima facie kes bagi pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 27 Akta Polis.
Seramai 29 orang didakwa dan 13 tahanan yang merupakan anggota Unit Amal iaitu pertubuhan di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat didakwa di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Bagaimanapun, 13 tahanan itu dibebaskan kerana pihak pendakwa  gagal mengemukakan bukti-bukti bahawa ianya pertubuhan haram dan tidak boleh disabitkan dengan menyertai perhimpunan haram.

Turut hadir memberikan sokongan di mahkamah ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Noor Mohamad, Timbalan Ketua Dewan Muslimat Dr. Siti Mariah Mahmud, Setiausaha Dewan Pemuda, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin.

130 peguam sedia bantu PAS ke Putrajaya

130 peguam sedia bantu PAS ke Putrajaya

Mohamad Arif Ismail,22 Feb 2012

(Ustaz Hadi bersalam dengan para peserta konvensyen pilihan raya peguam PAS di Shah Alam)
SHAH ALAM, 22 Feb: Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penyertaan lebih 130 peguam dalam Konvensyen Pilihan Raya Peguam PAS dekat sini merupakan petunjuk landasan Pakatan Rakyat ke Putrajaya semakin jelas.

Berucap merasmikan konvensyen baru-baru ini, beliau berkata PAS amat menghargai peranan pengamal undang-undang dalam memastikan perjalanan pilihan raya yang telus dan adil.

Para peguam juga, ujarnya sanggup berhadapan dengan pemimpin yang tidak menghormati perlembagaan dan undang-undang negara.

“Peranan mereka (peguam) adalah membela mereka yang tak kenal undangundang untuk melawan
me reka yang tak menghormati undang-undang,” katanya.

Konvensyen sehari itu berlangsung di sebuah hotel dekat sini, 18 Februari lalu.

Ia dianjurkan Lajnah Undang-undang PAS Pusat dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Selangor, Jabatan Undang-undang dan Hak asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat dan Muslimat Legal Team (MusLet) Dewan Muslimat PAS Pusat.

Lebih 130 peguam PAS dari seluruh negara menyertai konvensyen yang sangat bermakna itu.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan dan Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat, Asmuni Awi.

HOTLINE BILIK GERAKAN PILIHANRAYA JUHAM SELANGOR

HOTLINE BILIK GERAKAN PILIHANRAYA
JABATAN UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (JUHAM) SELANGOR
PANDUAN RINGKAS TANGKAPAN POLIS
1.        Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?


o    Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis
o    Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis
o    Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam
o    Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan
2.        Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?

o    Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja
o    Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja
o    Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas
3.        Bilakah anda ditahan?

o    Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut
o    Apabila anda digari
4.        Apa harus anda buat apabila ditahan?

o    Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan
o    Tanya apakah alasan anda ditahan
o    Tanya ke balai mana anda akan dibawa
5.        Apakah hak anda setelah ditahan?

o    Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan
6.        Berapa lama polis boleh menahan anda?

o    Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis
o    Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan
Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari
7.        Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?

o   Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam
o    Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret
o     Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian
o    Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan
8.        Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?

o    Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda
o    Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta
o    Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis
o    Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan “saya akan jawab di mahkamah” terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan 
9.        Bilakah anda didakwa di mahkamah?
o    Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat
o    Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan
o   Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam ‘JUHAM’ akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai
Disediakan oleh:        Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat

No. Telefon Hotline Bilik Gerakan JUHAM SELANGOR, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor :

1.            0 1 2 – 2 7 6 5 2 6 9                                                                      4.            0 1 7 – 6 2 7 7 0 6 8
2.            0 1 3 – 3 0 2 1 7 1 8                                                                      5.            0 1 3 – 3 7 0 1 0 7 2
3.            0 1 2 – 6 3 0 5 3 9 4                                                                      6.            0 1 3 – 2 8 4 7 8 9 2