Thursday 9 February 2012

Skim Pemilikan Kediaman Persendirian - KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR

Bayar RM1,000 Sahaja Dapat Geran Tanah & Lanjut Tempoh Pajakan Tanah NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Kerajaan Selangor telah melancarkan Skim Pemilikan Kediaman Persendirian bagi memudahkan proses untuk rakyat mengambil alih pemilikan tanah secara sah serta melanjutkan tempoh pajakan.
Sebelum ini rakyat terpaksa menjelaskan keseluruhan bayaran premium untuk mendapatkan, melanjutkan atau memutihkan hak milik sah tanah mereka. Dengan pengenalan skim baru ini, rakyat mempunyai pilihan untuk membayar RM1,000 sahaja sebagai premium bagi membolehkan mereka menjadi pemilik sah tanah, di mana bayaran premium sepenuhnya hanya akan dikenakan sekiranya tanah dijual.
RASIONAL
  • Memberikan hak mililk kepada indivudu yang telah lama menduduki tanah Kerajaan secara tidak sah.
  • Melanjutkan hak milik tanah individu yang telah luput tempoh pajakan dengan pengenaan premium yang mampu dijelaskan
  • Memutihkan hak milik individu yang telah melanggar syarat kegunaan tanah
  • Menyamaratakan pengenaan premium kepada semua rakyat Negeri Selangor tanpa mengira kawasan dan lokasi tanah tersebut berada.
OBJEKTIF
  • Menyelesaikan masalah orang ramai yang tidak berkemampuan menjelaskan bayaran premium tanah
  • Memberi peluang kepada rakyat Negeri Selangor membuat pilihan untuk menentukan kaedah pembayaran premium mengikut kemampuan masing-masing
  • Membantu Kerajaan Negeri menyelesaikan isu pendudukan setinggan di atas tanah Kerajaan.
SOALAN LAZIM

S1: Sekiranya pemilik hendak membuat pindah milik bagi tujuan kasih sayang, misalnya kepada waris dalam keluarga, adakah perlu pemilik menjelaskan baki bayaran khas tanah? 

J1: Tidak. Bayaran khas tanah hanya perlu dijelaskan jika pemilik membuat pindah milik berpunca dari urusan jual-beli (termasuk lelongan)

S2: Sekiranya pemilik meninggal dunia, bolehkah perintah didaftarkan tanpa membayar baki bayaran khas tanah?
J2: Boleh. Bayaran tesebut tidak akan dikenakan


S3: Bagi permohonan lanjut tempoh pajakan, adakah bayaran premium yang dikenakan pada kadar yang sama (RM1,000.00)?

J3: Bagi perlanjutan tempoh pajakan, pemilik tanah (pemohon) akan dikenakan premium berdasarkan formula berikut: 

1/4 x 1/100 x nilaian tanah yang diluluskan x tempoh pajakan yang dipohon x luas. Pemohon akan diberi pilihan sama ada untuk menjelaskan bayaran premium tersebut secara sekaligus dengan diskaun sebanyak 30% atau bayaran nominal sebanyak RM1,000.00 dalam tempoh (6) bulan daripada Notis Borang 5A berkuatkuasa.

S4: Berapa lama tempoh bayaran bagi Notis 5A yang dikeluarkan?

J4: Permohonan akan diberi tempoh selama enam (6) bulan dari tarikh Notis Borang 5A diterima dan tiada tempoh lanjutan dibenarkan.

S5: Adakah pekeliling ini boleh digunapakai bagi kelulusan terdahulu yang telah dikeluarkan Notis 5A masih belum tamat tempoh (3+1) telah tamat?

J5: Skim ini terpakai kepada semua permohonan pemberimilikan atau lanjut tempoh pajakan diseluruh Negeri Selangor. Pemohon boleh mengemukakan permohonan rayuan kepada Pentadbir Tanah Daerah yang berkenaan untuk menggunapakai kaedah ini sekiranya bayaran premium seperti pada Notis Borang 5A belum dijelaskan. Walau bagaimanapun pemohon yang telah menjelaskan bayaran premium tidak dibenarkan untuk dipertimbangkan.

S7 : Bolehkah tanah ini dipajak?

SJ : Boleh

S8: Adakah pekeliling ini terpakai untuk semua jenis kategori penggunaan tanah atau bangunan kediaman sahaja?

J8 : Skim ini terpakai kepada kategori bangunan dan syarat nyata tanah bangunan kediaman untuk kegunaan sendiri sahaja.

S9: Adakah bayaran RM1,000.00 ini merangkumi semua bayaran termasuk Cukai Tahun Pertama (mengikut keluasan tanah), Bayaran Ukur (RM250.00), Penyediaan dan Pendataran Suratan Hakmilik Tetap (RM110.00), Tanda Sempadan (mengikut sempadan tanah), Notis 5A (RM 20.00) dan Caruman Amanah Perkuburan (RM500.00)?

J9 : Bayaran nominal RM1,000.00 adalah bayaran premium sahaja. Lain-lain bayaran lazim yang dikenakan bagi kelulusan pemberimilikan tanah hendaklah dimasukkan dalam Notis Borang 5A dan perlu dijelaskan oleh pemohon bersekali dengan bayaran premium tersebut.
S10 : Siapakah yang layak memohon bagi kadar baru premium ini?


J10 : Pilihan untuk membayar premium secara nominal RM1,000.00 hanya terbuka kepada individu sahaja. Pemohon-pemohon bukan individu perlu menjelaskan premium keseluruhan secara sekaligus.
S11: Bilakah kadar baru ini berkuatkuasa dan bagaimana cara pengiraannya?

J11: Kadar baru tersebut berkuatkuasa mulai 1 Jun 2011. Formula yang digunapakai adalah seperti berikut :-
1.    Pemberimilikan – Tanah Kerajaan;
2.    Perlanjutan Tempoh pajakan (Dalam tempoh pajakan)
– Perubahan kategori dan syarat nyata kepada bangunan kediaman ;
3.    Perlanjutan Tempoh Pajakan – Dalam Tempoh Pajakan;
4.    Luput Tempoh Pajakan.

Sila rujuk pekeliling PTG bil. 6 Tahun 2011

S16: Berapa lamakah tempoh bagi saya menjelaskan premium nominal sebanyak RM1,000.00 dan adakah had tempoh untuk bayaran baki premium yang belum dijelaskan.

J16 : Premium nominal sebanyak RM1,000.00 boleh dijelaskan dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh Notis Borang 5A diterima. Apabila hak milik sudah didaftarkan hak milik, tidak terdapat sebarang baki premium. Apa yang tertanggung kepada pemilik tanah adalah bayaran khas tanah seperti dinyatakan pada sekatan kepentingan. Tiada tempoh ditetapkan untuk menjelaskan bayaran khas tanah ini.

S17: Saya telah menjelaskan premium bagi tanah saya pada 1 Mei 2011 tetapi hak milik belum didaftarkan. Bolehkah saya memohon untuk dikembalikan wang tersebut dan hanya menjelaskan premium sebanyak RM1,000.00 sahaja.

J17: Tidak boleh.
S25: Adakah tempoh masa untuk menjelaskan bayaran khas tanah kerana ianya melibatkan nilaian tanah yang berbeza dari masa ke semasa dan berkemungkinan ada perubahan besar.

J25: Tiada tempoh masa ditetapkan untuk menjelaskan bayaran tersebut sehingga hakmilik tersebut dipindah milik melalui kaedah jualbeli.

S31: Jika salah seorang daripada pemilik bersama hendak menjual bahagiannya, adakah sekatan kepentingan tersebut akan dikeluarkan?

J31: Tidak, pemilik bersama masih dikenakan bayaran khas tanah sehingga menjelaskan bayaran keseluruhan bayaran khas tanah yang dikenakan. Walau bagaimanapun pemilik yang menjualkan bahagiannya, akan dikenakan bayaran khas tanah sebelum nama pembeli baru didaftarkan

No comments:

Post a Comment