Friday 3 February 2012

Perhimpunan Aman Dijamin Oleh Perlembagaan Negara


Perhimpunan Aman Dijamin Oleh Perlembagaan Negara

Posted by dppns2011
Shah Alam, 29 Jun    :    Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Pusat http://dppnselangor.files.wordpress.com/2011/06/img_2920.jpg?w=300&h=225(DPPP), Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, berkata, rakyat tidak perlu bimbang untuk menyertai perhimpunan BERSIH pada 9 julai nanti. Ini kerana, ia adalah selaras dengan Perlembagaan Negara, yang menjamin hak rakyat untuk menyertai perhimpunan aman tanpa senjata.
Beliau juga berkata, rakyat juga diminta supaya jangan takut untuk memakai baju BERSIH, kerana tidak ada mana-mana peruntukan undang-undang untuk disabitkan kepada orang yang memakai baju tersebut.
Jika mereka ditahan oleh pihak polis, jangan lakukan apa-apa tindakan dan provokasi yang menyebabkan mereka boleh mensabitkan kita dengan kesalahan yang lain. Jika mereka minta pengenalan diri, berikan sahaja nama, no kad pengenalan dan alamat, tidak lebih dari itu, ujarnya lagi.
Justeru itu, rakyat diminta jangan bimbang dan turun beramai-ramai pada 9 Julai nanti, kerana setakat ini kita telah memenangi semua kes yang dibicarakan di mahkamah berkaitan dengan perhimpunan aman, kerana ia dilindungi dan dijamin di dalam Perlembagaan.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah dalam program Munajat Perdana dan Pidato Khas sempena perhimpunan BERSIH anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor yang diadakan di Stadium Malawati Shah Ala

No comments:

Post a Comment