Friday 3 February 2012

SAMAN PEMULA JUHAM -ISU BERSIH 2.0

Bersih2.0: Hishamuddin dan 3 polis hadapi saman pemula rakyat Malaysia

Seorang rakyat Malaysia mengemukakan saman pemula kepada Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein dan tiga penama yang lain.
Muzafri Abdullah Azmi, 27, memohon Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat deklarasi bahawa tangkapan awam pada 24 Jun lalu adalah tidak sah.
Dalam writ saman yang difailkan melalui Tetuan Abang & Associates semalam, Muzafri berkata penahanan yang dibuat kira-kira pukul 11.20 malam di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan, Padang Jawa di Klang adalah tidak sah selain tidak dimaklumkan alasan dia ditahan.
Beliau turut menuntut mahkamah membuat deklarasi bahawa rampasan berupa lapan helai kemeja-T berwarna kuning bertulis "Bersih 2.0 Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil" pada hari tersebut adalah tidak sah dan mahu ia dikembalikan semula
Tidak cukup dengan itu, satu deklarasi bahawa polis menyalahgunakan kuasa, menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan adil turut dituntut dalam sama pemula tersebut.
Selain Hishammuddin, tiga penama lain adalah Inspektor Misbahudin Hamdan (pegawai penangkap), pegawai yang mengambil keterangan dan Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob adalah defendan dalam saman pemula tersebut.
Tindakan hari ini merupakan yang pertama dalam siri saman yang bakal difailkan ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan Musafri adalah individu pertama yang ditahan di Selangor.
Dalam perkembangan yang sama, Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Selangor Zainal Said berkata, tindakan yang diambil polis ke atas Musafri adalah tidak sah dari sudut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

No comments:

Post a Comment